Sepupuku Suamiku

Novel Dari Lynn Allyna

APA KATA HEROIN?


"Nana tak paksa abang. keadaan yang memaksa. Nana tak mahu jika kita teruskan perhubungan ini, hidup orang lain akan porak-peranda. nana tak mahu menjadi penyebab jika suatu hari nanti ada orang yang akan terkorban kerana perhubungan ni"

APA KATA HERO?


"Abang belum makan, Rindu sangat dengan masakan sayang. Sayang masih tak mahu balik ke?"

Sepupuku Suamiku - Bab 5

BAB 5


SEMAKIN dekat hari pernikahan, semakin bercelaru perasaan Nana. Kadang-kadang rasa seronok sangat, teruja dengan alam baru yang akan ditempuhinya. Kadang-kadang takut, bimbang tidak dapat melaksanakan tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya. Tetapi apa yang pasti, dia telah menerima lamaran mak longnya dan akan berkahwin dengan Abang Syam, merangkap sepupunya sendiri esok. Semua persiapan telah disiapkan oleh mak long. Majlis di rumahnya akan hanya dibuat selepas dia habis belajar nanti. Baju pengantin berwarna perak bercampur ungu yang tergantung di dinding biliknya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.

Macam mana rupa aku pakai baju tu, ya? Sesuai ke? Isy... kenapalah dengan aku ni? Bertenang, Nana. Esok kau akan jadi isteri Abang Syam yang sah. Bukan ke itu yang kau impikan selama ni?

Memanglah, tapi macam mana kalau dia tak dapat terima aku sebagai bini dia?

Kan dia sendiri yang setuju kalau kau jadi bini dia?

Memanglah. Tapi kalau dia buat tu semua sebab tak nak susahkan mak dia, macam mana? Terseksa aku!

Takkanlah Abang Syam nak buat macam tu kat kau? Diakan baik orangnya?

"Argh!!! Benci…." Nana melepaskan tekanannya. Perasaan positif dan negatifnya berlaga. Semuanya gara-gara majlis pernikahan esok.

"Nana? Kenapa menjerit tadi?" tanya mama yang tiba-tiba muncul. Mukanya berkerut. Jangan anaknya buat hal pulak. Esok majlis penting!

"Hah? Tak ada apalah, ma. Ada cicak jatuh tadi. Tu yang terkejut tu. Mama tak tidur lagi ke? Dah malam ni. Nanti esok tak terjaga, susah."

Banyaklah cicak! Agaknya cicak nak masuk bilik aku ni pun takut. Pantang nampak cicak, mesti kena lastik.

"Mama nak tidurlah ni. Terperanjat dengar Nana menjerit. Dahlah. Tidur. Mama tak tidur pun tak apa. Awak tu yang kena tidur. Nanti ada pulak esok pengantin lelaki bersanding sorang-sorang atas pelamin," seloroh mama sebelum menutup pintu bilik Nana.

"Good luck Nana. You can do it."

Kata-kata semangat untuk diri sendiri. Dia melelapkan mata. Esok hari paling penting buatnya. Mesti bersemangat.

2 comments:

  1. Anonymous said...
     

    hhmm,klu aku lastik cicak,msti x kena la.klu die jtuh pun bkn sbb aku lastik,tpi sbb badan die gmok sgt!!

  2. Unknown said...
     

    Hahahahaha...cam tu ae?

Post a Comment