Sepupuku Suamiku - Bab 3
BAB 3
CUTI semester memang membosankan walaupun hanya dua minggu sahaja. Tidak tahu hendak buat apa. Makan tidur sahaja. Hendak keluar dengan teman-teman, malas. Sudahnya, duduk sahajalah di rumah jadi penunggu tetapi penakut.
Sedang Nana seronok melayan rancangan TV Tom and Jerry, tiba-tiba sebuah kereta CR-V meluncur laju memasuki pekarangan rumahnya.
Siapalah pulak datang pagi-pagi ni? Tudung yang tersedia di atas sofa disarungkan ke kepala.
"Assalamualaikum...."
Kedengaran suara wanita memberi salam.
"Waalaikumussalam. Oh, mak long. Ingatkan siapa tadi? Masuklah. Nanti Nana panggilkan mama."
Tangan ibu saudaranya disalami. Senyum terukir di bibir kedua-duanya. Baru sahaja hendak dipanggil, mamanya sudah muncul dahulu.
"Kenapa kak long tak bagitau nak datang?" tegur Puan Rosmah. Tangan kakak sulungnya disalami.
"Saja...."
Senyuman Nana mati apabila ternampak kelibat seseorang. Aduh! Jantungnya berdegup laju. Wajah yang dirindui siang dan malam walaupun sudah menjadi tunangan orang. Pergerakannya kaku. Mata tidak lepas memandang wajah kacak abang sepupunya itu. Alahai, makin handsomelah pulak aku tengok. Sabar, Nana. Behave yourself. "Eh, Abang Syam pun ada? Duduklah."
Hisyam tersenyum memandang adik sepupunya itu.
Alamak, cair aku dibuatnya. Lemah lutut aku macam ni.
"Hmmm... Nana dengan Syam borak-boraklah dulu, ya. Mama dengan mak long nak ke dapur sekejap," usul Puan Rosmah sambil menarik tangan kakaknya ke dapur. Seperti ada perkara mustahak sahaja yang harus dibincangkan tanpa kehadiran anak masing-masing.
Nana buntu. Borak berdua dengan Abang Syam? Ni yang lemah ni. Aku nak cakap apa? Nana gelisah. Dipandang wajah abang sepupunya yang hanya berlagak selamba. Dia juga sedang cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti biasa. Tetapi dia tidak boleh kawal diri.
Cakap pasal Tom and Jerry tadi aci tak? Dia berkira-kira di dalam hati apabila suasana masih lagi senyap. Hisyam juga diam tidak berkata apa-apa. Dia bertambah gelisah.
"Hmmm… Nana apa khabar? Lama tak jumpa. Dah lain abang tengok." Agak lama barulah Hisyam membuka bicara. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dibualkan. Itu mungkin satu permulaan yang baik, fikirnya.
"Hah? Okey aje." Nana hanya mampu tersenyum.
Nak cakap apa? Aku malulah. Sambung tengok Tom and Jerrylah. Matanya tepat memandang ke skrin televisyen. Mindanya melayang entah ke mana.
"Bila habis study?" tanya Hisyam.
"Minggu depan," selamba Nana menjawab. Padah apabila otak melayang ke tempat lain. Telinga pun jadi kurang mendengar. Mulalah otak mentafsir perkara yang salah.
"Hah? Minggu depan?" Hisyam hairan.
Biar betul sepupu aku ni! Takkan minggu depan habis belajar sekarang dia masih duduk berehat di sini?
"Eh, abang tanya apa tadi?"
Apa aku jawab tadi? Malunya… mana nak sorok muka ni? Dalam mangkuk jamban, aci?
"Abang tanya, bila habis study?" ulang Hisyam sambil tergelak halus.
Berangan ke minah ni? Atau syok sangat tengok kartun kat TV tu?
"Hmmm... bulan lima ni."
Eee... malunya tidak tahu nak cakap. Itulah... control sangat. Kan dah malu! Air teh diteguk perlahan. Cuba mengawal getaran di jiwanya. Jantung pun sedari tadi asyik dup dap dup dap.
"Nantilah saya cakap macam mana. Benda macam ni tak boleh buat main-main, kak."
Kedengaran suara Puan Rosmah yang baru keluar dari dapur bersama kakak sulungnya.
Puan Hasnah mengangguk. "Ye la. Tapi akak harap sangat kat Mah."
Puan Rosmah mengangguk lemah.
Apesal lain macam aje muka mama? Tadi elok aje. Bukan main ceria bila mak long datang.
"Nana, mak long balik dulu ya. Dah nak tengah hari ni. Senang-senang datanglah rumah."
Nana sekadar mengangguk. Tangan mak longnya disalam. Wajah Abang Syam dipandang sekilas. Tak sanggup tenung tunang orang lama-lama. Nanti tak boleh tidur pulak!
"Kenapa mak long tadi tu ma? Pelik saja Nana tengok. Orang nak dapat menantu mestilah happy, tapi mak long tu macam sedih saja?"
Hu hu hu. Taktik korek rahsia tu. Maklumlah, tadi mak longnya cakap dengan mama kat dapur. Macam ada rahsia kerajaan saja.
"Tak ada apa-apalah. Penat agaknya. Yelah, sorang-sorang buat persiapan," dalih Puan Rosmah. Belum masanya untuk bercerita. Nantilah.
"Kesian mak long. Nantilah Nana pergi tolong."
Kuat ke aku? Buat persiapan untuk perkahwinan orang yang aku cinta? Menyesal pulak tawarkan diri tadi. Dah terlepas, nak buat macam mana? Nasiblah kau Nana....
"NANA, mama nak cakap sikit boleh?"
"Alahai mama ni... cakap ajelah. Apesal tak boleh pulak? Kelakarlah mama ni."
Pelik betul mama ni. Bila pulak aku buat undang-undang kena minta kebenaran dulu sebelum bercakap? Apa-apa sajalah.
"Ni... pasal mak long tadi."
Puan Rosmah masih teragak-agak mahu meneruskan bicaranya. Dia tidak mahu anaknya terkejut. Dia tidak mahu anaknya berada di dalam keadaan serba salah.
Eh, tadi kata tak ada apa-apa. Ni yang aku tak sedap hati ni. Nana membetulkan kedudukannya. Dari wajah mamanya, dia dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku. "Kenapa pulak dengan mak long, ma? Tadi mama kata tak ada apa-apa."
Isy, suspenslah pulak mama aku ni.
Papa tenang menghadap Buletin Utama. Sesekali memandang muka mama yang seakan meminta kekuatan.
"Macam ni... mama pun tak tahu macam mana nak cakap."
Puan Rosmah serba tak kena. Muka puteri kesayangannya dipandang penuh kasih sayang. Entah apalah agaknya reaksi anaknya nanti. Bolehkah diterima semua yang akan dia katakan nanti?
"Kenapa ni mama? Papa? Cakaplah," tanya Nana semakin tidak sabar.
Apa yang susah sangat nak cakap ni? Nak suruh aku jadi pengapit ke? Tapi takkanlah sampai susah nak cakap macam ni? Nak suruh aku jadi pengantin? Bila-bila masa pun boleh. Tak payah cakap, aku memang dah sedia. Tapi, takkanlah kut!
"Tunang Syam mintak putus."
Mata Nana membulat. Bagai tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi. Mamanya tidak main-main, kan? "Hah???"
Isy biar betul! Aku tak silap dengar ke ni? Isy, bukan ke dia orang nak kahwin dua minggu lagi? Nana semakin gelisah. Duduknya juga sudah beralih. "Kenapa mama?"
Makin tidak sabar dia hendak mengetahui cerita selanjutnya.
"Entahlah. Tak pulak mak long Nana bagitau."
Itu baru permulaan. Ada lagi satu perkara yang perlu anaknya tahu. Sangat penting. Lebih penting daripada berita tadi.
"Habis tu, apa kena-mengena dengan Nana?"
Haah. Apa kena-mengena dengan aku? Lantaklah tunang dia nak putus. Memanglah aku gembira, tapi kesian mak long. Lagi dua minggu nak buat majlis, tup-tup tak jadi.
"Mak long mintak Nana jadi pengganti."
Cekodok yang baru nak disuap ke mulut tergolek jatuh ke atas karpet.
Aku bermimpi? Ganti? Kahwin dengan abang? Eh, sekejap. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya aku tidak bermimpi.
"Nana? Dengar tak mama cakap apa ni?" Risau pula Puan Rosmah melihat anak gadisnya yang kelihatan tergamam. Kesian... tak pasal-pasal jadi mangsa.
"Mama biar betul! Mama jangan main-main dengan Nana."
Isy, mama ni nak bergurau pun tengoklah dulu. Papa pun senyap saja. Bantah pun tidak, setuju pun tidak. Nana menelan air liur. Muka mamanya tidak menunjukkan yang wanita itu sedang bergurau.
"Buat apa mama nak main-main. Semua persiapan dah hampir siap. Kad pun dah diedar. Pengantin pulak lari. Mak long tak nak batalkan majlis tu. Syam pun dah setuju." Puan Rosmah mengusap kepala anaknya. Dia tahu memang sukar hendak buat keputusan ini serta-merta. Perlu berfikir panjang. Tambahan pula, Nana masih lagi belajar.
Abang Syam setuju kalau aku jadi pengganti? Yang ni lagi aku tak percaya. Biar betul sepupu aku tu! Terbayang wajah kacak abang sepupunya. Wajah selamba yang menegurnya siang tadi.
Nana kelu seribu bahasa. Berkahwin dengan Abang Syam memang impiannya, tetapi masalahnya... dia belum habis belajar lagi. Malulah nanti dengan orang lain. Hatinya berbelah bahagi. Tetapi kalau tidak ambil peluang itu sekarang, ada lagikah peluang dia hendak kahwin dengan Abang Syam? Macam mana kalau dia tolak, mak long cari orang lain? Melepas dia!
"Mama tahu Nana susah nak buat keputusan. Nana fikirlah dulu. Mama terima apa saja keputusan Nana."
Kepala anak manjanya terus diusap dengan penuh kasih sayang. Kesian anak aku... terpaksa membuat keputusan sebesar ini pada usia yang masih mentah.
MALAM itu, tidurnya tidak lena gara-gara memikirkan perkara yang dibangkitkan oleh mama siang tadi.
Aduh, macam mana nak buat ni? Nak buat solat istikharah, hati tak kuat. Betul ke Abang Syam setuju? Isy, tak percayalah aku. Biar betul mamat ni! Betul ke dia tak kisah kahwin dengan aku? Patutlah muka dia tadi tenang aje. Tapi takkan tak sedih putus tunang? Dengarnya dah lama jugak dia orang bercinta. Sejak sama-sama belajar di Australia dulu. Takkan tak rasa apa-apa kut? Isy, keliru aku. Ala... lelaki, mana nak tunjuk perasaan mereka depan orang, kan?
Isy, siapa pulak call malam-malam buta ni? Kacau orang tengah berangan sajalah. Alamak, Kak Yaya. Dia dah tahu ke pasal ni? Mestilah mak long dah bagitau anak dia sorang nikan?
"Dah tidur ke adik akak ni?"
"Belum la kak. Malam masih muda. He he he!"
"Tengah berangan ya?"
Aik, macam tahu-tahu aje kakak aku sorang ni. "Eh, mana ada! Pandai ajelah akak ni." Cover sikit!
"Manalah tahu dah berangan-angan pakai baju pengantin," serkap Zahlia.
Gulp!
Aduh, Kak Yaya ni. Dia pakai ilmu apa, ya? Nak jugak aku belajar. Boleh jugak aku tahu Abang Syam tengah buat apa sekarang ni. "Isy, ke situ pulak. Mana ada, kak. Orang tengah baca magazine ni."
Yelah tu. Majalah pun tak nampak batang hidung. Bantal busuk adalah.
"Majalah pengantin ke? So, macam mana? Dah sedia?" usik Zahlia lagi. Dia memang suka menyakat Si Nana ni. Dari kecil sampai besar.
"Kak Yaya!!! Tak sukalah macam ni. Merajuklah!" Nana tarik muka empat belas. Buruk benar. Dah macam Joyah jual getah gayanya.
"Alahai merajuklah pulak. Tak apa, nanti akak suruh Abang Syam pujuk, ya sayang." Makin galak Zahlia mengusik.
Nana sudah hendak menangis. Malu. Siap kau, kak. Jumpa nanti tahulah apa Nana nak buat!
"Okeylah bakal kakak ipar, adik ipar tak nak ganggulah orang tengah berangan ni. Jangan tidur lewat sangat tau! Nanti tak berseri pulak kat atas pelamin."
Zahlia sempat lagi menyakat.
"Kak Yaya!!!"
Geram betul dia dengan kakak sepupunya itu. Tetapi di dalam hati, gembira juga.
Eh, tapi betul ke aku nak kahwin dengan Abang Syam ni? Keputusan tak ada lagi ni. Kahwin ke tak nak? Isy, nak kahwin pun susahlah. Adoi...!!!!

baru baca bab 2 tapi aku tau citer ni best!!!nnti aku nak sambung baca lah....
best sngat3...!
5 stars 2 pnulis....!
Jom chat 01125623536
aqilah
jom cht 0109111234
Wanita yg tk puas leh pm sy... Helmi jb 01135672088