Sepupuku Suamiku

Novel Dari Lynn Allyna

APA KATA HEROIN?


"Nana tak paksa abang. keadaan yang memaksa. Nana tak mahu jika kita teruskan perhubungan ini, hidup orang lain akan porak-peranda. nana tak mahu menjadi penyebab jika suatu hari nanti ada orang yang akan terkorban kerana perhubungan ni"

APA KATA HERO?


"Abang belum makan, Rindu sangat dengan masakan sayang. Sayang masih tak mahu balik ke?"

Sepupuku Suamiku - Bab 10

BAB 10


"ASSALAMUALAIKUM, Nana buat apa?" tegur Hisyam.

Nana yang masih lena ketika Hisyam menelefon, terpisat-pisat. Isy, kenapalah telefon masa macam ni? Mengantuk ni! desis hatinya.

"Hmmm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-lepak." Nana mengawal suaranya. Apa taknya, baru bangun tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy Search sakit tekak.

"Ye ke? Suara macam baru bangun tidur aje ni?" serkap Hisyam.

"Hah?"

Nana menggelabah. Aduh, malunya. Dahlah sekarang ni pukul sembilan!

"Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah hostel Nana ni."

"Hah?"

Nana melompat dari katilnya. Alamak, apesal tak bagi tau awal-awal? Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru siap ni...! Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi di talian ketika itu.

"Nana? Okey ke? Ke nak abang tolong mandikan?" usik Hisyam.

"Eh, tak apa... tak apa. Nana dah bangun ni. Abang tunggu. Nanti Nana turun."

Tolong mandikan? Biar betul laki aku ni! Buang tabiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. He he he….

Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak lekang dari bibir. Suaminya ajak dating. Seronoknya… "Yahooo!!!"

"Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?" tanya Suria. Peliknya. Awal benar temannya yang seorang ini bersiap. Biasanya, selagi belum pukul dua belas, tak bangun.

"Dating."

"Dating? Dengan siapa? Johan?"

Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu?

"Dengan suami akulah. Okey, aku pergi dululah. Bye…."

"Eh, Nana... tunggu!"

Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana sudah hilang. Amboi... dapat laki, kawan pun tak layan. Siap kau balik nanti!




"HMMM... kita nak pergi mana ni bang?" tanya Nana. Hatinya berdebar-debar melihat Abang Hisyam yang begitu maco walaupun hanya memakai t-shirt Polo dan berseluar jeans.

Aduh… handsomenya laki aku ni. Nak aje aku peluk kat sini. Rindunya!

"Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut aje. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambil Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana. Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke bulan, okey?"

So sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni. Isy… rasa nak cubit-cubit aje pipi abang. Kalau Nana kata nak duduk aje kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh? Gatal betul kau ni Nana....

Hari ini memang hari yang paling membahagiakan buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam mimpi. Rasa macam hendak hentikan sahaja masa, biar hari ini kekal sampai bila-bila. Hisyam sangat baik dengannya. Romantis sekali. Tengok wayang, makan bersuap, shopping sambil berpimpin tangan, mengelilingi Tasik Putrajaya berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasakan hangatnya kasih Hisyam padanya.

"Nana happy?" tanya Hisyam semasa menghantar Nana pulang ke kampus.

Nana hanya mengangguk. Happy sangat, abang. Thanks sayang, hatinya berperi.

"Sweet dreams okay."

Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi. Nana tak puas lagi tatap wajah abang.

Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan gam gajah sahaja.

"Kenapa sedih aje ni? Ke nak ikut abang balik?" teka Hisyam.

Nak!!! jerit hati Nana.

"Hmmm… taklah. Bila abang nak datang lagi?"

Ops, alamak! He he he!

Hisyam tersenyum. "Insya-Allah, kalau ada masa abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang, Nana call ajelah. Nanti abang datang ambil, okey?"

Nana mengangguk. Sekarang, boleh?

Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur jua. Bahagia bercampur sedih. Tidak pernah terfikir yang hari ini akan muncul di dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.

Alamak, Johan!!! Dia nampak ke Abang Hisyam tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Isy, kacau daun betullah mamat sorang ni!

0 comments:

Post a Comment