Sepupuku Suamiku - Bab 12
BAB 12
TELEFON BIMBIT Nana menjerit-jerit minta diangkat.
Siapa pulak yang telefon pagi-pagi ni? Nak pakai baju pun tak senang. Alamak, abang? Apa hal call pagi-pagi ni? "Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Nana sihat? Kenapa tak jawab call tadi?"
"Hmmm… sihat. Nana baru lepas mandi."
"Mesti wangi ni. Abang kat sini pun boleh bau."
Mestilah… Eee… malunya!
"Nana free tak hujung minggu ni?" tanya Hisyam. Dia sudah ada rancangan untuk mereka berdua.
"Hmmm… free. Kenapa?"
Abang nak bawak Nana pergi jalan-jalan lagi ke? Nak... nak! Tak payah tunggu hujung minggu pun tak apa. Sekarang pun boleh. Hati Nana berbunga riang.
"Kalau macam tu, petang esok abang datang ambil Nana."
Aik, tadi kata hujung minggu. Esok hari Jumaat. Nana pelik. Nak pergi mana pulak ni?
"Bawak baju sekali tau!"
Eh! Ni lagi pelik. Buat apa nak bawak baju pulak? Nak pergi holiday ke?
"Kenapa? Nak pergi mana ni bang?" tanya Nana tidak mengerti.
"Rumah abang. Nana tak pernah datang sini lagi, kan? Nana ready aje esok, okey?"
"Okey."
Pergi rumah abang? Yahoo!!! Nana sudah terguling-guling kegembiraan di atas katil. Tidak sedar dirinya yang masih bertuala.
Pergi rumah abang maknanya duduk berdua-duaan dengan abang. Cepatlah esok.
"Ya Allah budak bertuah ni. Kau kenapa? Dengan tak pakai bajunya. Cepatlah nenek! Kau tak nak pergi kelas ke? Dah lewat ni!" tegur Farah yang hairan melihat temannya yang terguling-guling di atas katil macam orang sawan.
Buang tabiat ke apa minah ni?
"Ya, kejap aku siap. Kacau daunlah kau ni. Nak berangan kejap pun tak boleh," ujar Nana lalu bangun dari katil dan mencapai baju kurung yang tergantung di dalam almari.
"Banyaklah kau punya berangan. Dah nak dekat pukul sepuluh ni. Kau tu kalau bersiap, tak sah kalau tak sejam," bebel Farah.
"Yelah nek. Cu nak pakai baju ni. Nek tunggu kat luar ya."
Minah ni kalau dah membebel, payah nak berhenti. Kalah nenek aku. Nana segera menyarungkan baju ke tubuhnya. Senyum tidak lekang di bibir.
Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumpa abang. Duduk kat rumah abang pulak tu. Eee… seronoknya!
Masih tidak habis-habis berangan. Agaknya kalau boleh nampak apa yang difikirkannya, mungkin sudah sampai langit ketujuh tingginya.
Farah dan Suria sudah membebel-bebel di luar. Nampaknya, mereka akan terlewat ke kelas lagi hari ini. Semuanya gara-gara Nana yang suka berangan. Memang nasiblah dapat kawan macam Nana yang suka berangan.
Bibir Nana tidak lekang dengan senyuman. Suria dan Farah mencebik. Entah apa yang buat perempuan itu gembira sangat. Sudah macam orang tidak betul sahaja gayanya.
"Farah, aku rasa semacamlah dengan minah ni. Seram aje. Kau tak rasa ke?" perli Suria.
Nana buat derk aje.
"Aku pun. Kau rasa kita kena buat report dekat Hospital Bahagia tak?" Giliran Farah pula memerli.
Nana masih buat derk aje. Lantaklah!
"Aku rasa kita kena buat report kut. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti aku takut makin serius. Nanti kita pulak yang berjangkit," kata Suria sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
Nana kerut dahi. Mereka serius ke? "Oit, korang ingat aku ni dah gila ke? Sampai hati! Aku waras lagilah."
Ketawa Farah dan Suria terhambur.
Nana tarik muka masam. Laju sahaja dia berjalan meninggalkan teman-temannya di belakang yang masih tidak henti-henti mentertawakannya.
"NANA, kau ni apa hal? Dari tadi aku tengok tak habis-habis tersenyum sorang-sorang. Dah macam orang yang kat Tanjung Rambutan aku tengok," tegur Farah. Hairan melihat temannya yang terlebih ceria hari ini.
Suria di sebelah juga hairan.
Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?
"Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah. Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung aje? Tak ada perasaan?"
"Tak adalah. Pelik aje aku tengok cara kau senyum hari ni. Kena marah dengan apek book store tu pun kau senyum saja. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?" duga Farah. Risau pula dia. Nanti tidak pasal-pasal dia terpaksa menjadi pelawat tetap Tanjung Rambutan pula.
Terbayang kejadian di book store tengah hari tadi. Secara tidak sengaja dia tersepak kertas A4 yang tersusun rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tidak terlanggar kalau sudah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4 itu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke book store. Semakin panjang bebelan apek itu apabila nampak Nana membawa beg masuk ke dalam kedai padahal sudah terpampang di hadapan kedai:
Sila Tinggalkan Beg Anda Di Atas Rak
Tahan sahajalah telinga mendengar bebelan apek itu yang seakan-akan tidak ada hentinya.
"Korang. Weekend ni aku tak ada tau!" Tersipu-sipu Nana memberitahu.
"Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?"
"Tak."
Isy, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak matang dua orang ni mesti perli aku.
"Habis tu kau nak pergi mana?"
Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam aje? Ke nak pergi honeymoon? Tapi takkan dua hari aje kut? Suria berteka-teka di dalam hati.
"Aku nak balik rumah abang aku."
"Abang? Bila masa pulak kau ada abang?" tanya Farah. Setahunya, Nana hanya ada seorang kakak.
"Laki akulah! Lambat betullah korang ni. Tu pun tak boleh nak fikir."
Geram betul Nana dengan kelembapan cara berfikir teman-temannya tika ini. Selalunya, Farah dan Suria begitu advance! Alih-alih hari ni tiba-tiba jadi seperti kura-kura pula.
"Ooo…cakaplah terus terang. Aku ingatkan abang manalah tadi. Hmmm… patutlah happy dua tiga macam aje. Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin...." Suria dan Farah senyum mengejek.
"Yelah. Nanti kalau masam-masam, cik abang lari. Mari sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki degil ke kat badan kau ni. Nanti, abang kau tu tak selera pulak." Suria dan Farah sudah mula mengusik. Kedua-dua temannya ini memang pakar dalam bab mengarut!
"Kurang asam korang. Banyaklah korang punya daki. Korang ingat aku ni budak empat tahun yang main lumpur kat lombong ke?"
Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai sajalah!
"Eh, bukan ke kau budak tu? Baru semalam aku tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh balik. Tapi kesianlah pulak sebab aku tengok dia syok sangat main lumpur. Sebijik macam kau!"
Farah dan Suria tergelak besar sampai merah muka masing-masing. Macam apek menang judi sahaja lagaknya.
"Sengal! Siap korang aku kerjakan!"
Ni yang malas nak bagitau ni. Dah agak dah. Mesti kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku bagitau Abang Syam. Nanti Abang Syam bawak lumpur lumur kat muka korang. Buat masker.

0 comments:
Post a Comment