Sepupuku Suamiku - Bab 4
BAB 4
FARAH, betul ke apa yang aku buat ni?"
Farah seperti tidak percaya apabila Nana memberitahunya bahawa dia hendak berkahwin. Dengan sepupu sendiri pulak tu! "Aku pun tak tahu. Tapi kalau kau rasa tindakan kau tu betul, just go on."
Farah pun tidak tahu hendak cakap macam mana. Bukannya dia ada pengalaman bab-bab macam ni. Pakwe pun tak ada.
"Tapi kau janji jangan bagitau orang lain tau! Malu aku."
Berkahwin di usia semuda ini secara tiba-tiba. Pasti orang luar akan berfikir bukan-bukan.
"Apa hal pulak nak malu? Bangga apa dapat kahwin. Bukan calang-calang orang laki kau tu. Doktor tu...!"
Sengaja Farah kenakan Nana. Sebenarnya dia pun cemburu dengan temannya itu. Bakal suaminya bukan calang-calang orang. Memang bertuah badan.
"Banyak la kau punya bangga!"
Tapi memang bangga pun dapat kahwin dengan Abang Syam. Cinta pertama tu! Bukan semua orang dapat kahwin dengan cinta pertama. Aku ni kira bertuah la ya? Dalam kebimbangan terselit juga kegembiraan dan keterujaan.
"Nampaknya kempunanlah Si Johan tu. Kesian dia...." Farah cuba membayangkan wajah Johan jika lelaki itu tahu akan hal ini. Pasti lelaki itu kecewa.
"Johan? Ah, lantaklah. Aku peduli apa! Aku dah cakap awal-awal dengan dia. Dia tu yang pekak badak sangat. Ingat aku cakap bahasa Tamil agaknya. Susah sangat nak faham."
Geram pula apabila dia teringatkan Si Johan yang tidak faham bahasa itu. Asyik hendak mengacau sahaja kerjanya. Dah orang tak nak tu, tak naklah! Sekali aku keluar bahasa Slovakia... baru ternganga.
"Nanti aku datang rumah kau. Maybe hari Rabu. Aku discuss dengan Suria dulu ya." Farah mencongak-congak berfikir. Mungkin hari Rabu yang paling sesuai. Sekurang-kurangnya dia dapat juga bantu Nana buat persiapan terakhir.
"Okey, janji datang tau! Aku takut ni," ujar Nana membuat muka kesian walaupun dia seorang sahaja yang dapat melihat. Talian dimatikan. Sambung berangan balik. Lagi dua minggu dia bakal bergelar isteri orang. Macam mimpi pula rasanya. Tidak pernah terlintas hendak kahwin dalam usia semuda ini. Dua puluh dua tahun. Dengan Abang Syam pulak tu!
"Argh!" Bantal busuk ditekup ke muka. Tidak boleh dibayangkan macam mana menjadi isteri kepada sepupu sendiri. Sudahlah kenal sejak kecil. Malunya...!
Malu bercampur gembira. Jika difikirkan, apa lagi yang dia mahukan selain Abang Hisyam. Hanya Abang Hisyam yang menemani mimpi siang dan malamnya. Mungkin doanya selama ini telah dimakbulkan Tuhan. Bukan meminta perpisahan di antara lelaki itu dan bekas tunangnya, tetapi jika ditakdirkan ada jodoh di antara dia dan Abang Hisyam, dia akan terima dengan hati yang terbuka. Semuanya kerana dia tidak pernah ada lelaki lain di dalam hidupnya. Hanya Abang Hisyam seorang.
"Nana, jangan lari... nanti jatuh!"
Larangan Kak Yaya tidak diendahkan. Rama-rama coklat hitam besar yang terbang terus dikejar. Dia mesti dapatkan rama-rama itu.
Gedebuk!
Alamak, salah tempat mendarat pulak. Sakitnya kaki. Nana bangun perlahan-lahan. Mukanya comot dek kerana terjatuh di dalam lumpur. Itulah... degil sangat!
"Ha... kan akak dah kata jangan lari. Nasib baik jatuh dalam lumpur. Kalau jatuh dalam lombong macam mana?" Kak Yaya tergelak melihat muka Nana yang sudah macam askar masuk hutan. Dia segera mendapatkan gadis kecil itu dan membantu Nana untuk bangun.
Isy, Kak Yaya ni. Orang tengah sakit dia buat lawak pulak. Sakit tau! Nana menggosok-gosok kakinya yang sakit. Terhincut-hincut dia berjalan.
"Dah, jangan nangis lagi. Jom masuk. Kita sapu ubat."
Nana mengikut sahaja cadangan kakak sepupunya. Teresak-esak dia menangis.
"La... kenapa pulak ni? Habis kotor baju ni. Kenapa kaki berdarah tu?" Abang Hisyam yang kebetulan ada di situ bertanya sebaik sahaja Nana dan Zahlia masuk ke dalam rumah. Dia juga sebenarnya menahan gelak melihatkan muka Nana yang comot. Tetapi bila melihatkan kaki adik sepupunya yang berdarah, terbit rasa kasihan di hatinya.
"Nana jatuh dalam lumpur kat depan tu tadi. Tu la, degil sangat," adu Zahlia.
Nana masih lagi teresak-esak. Sudahlah kakinya sakit, dia pula terpaksa menahan malu berhadapan dengan abang sepupunya dalam keadaan yang sebegini.
"Hmmm... tak apa. Mari sini abang sapu ubat. Tapi, pergi basuh muka dulu."
Baiknya abang sepupu aku ni. Macam manalah aku tak jatuh hati? Walaupun masa tu baru darjah enam, tapi kalau kena layan macam ni, budak tadika pun boleh jatuh hati. Abang Syam ni baik sangat dengan aku. Walaupun ada adik sendiri, tapi aku pun dia manjakan. Maklumlah, aku tak ada abang. Hanya ada kakak. Itu pun sekarang ni sedang menyambung pelajarannya di seberang laut. Jadi sepupu aku berdua ni sajalah yang aku ada.
Tapi, hubungan kami semakin renggang apabila Abang Syam sambung belajar di Australia. Masa tu aku baru tingkatan satu. Tapi, semua pasal Abang Syam aku tahu. Kak Yaya yang cerita. Nak tanya terang-terang, aku malu. Nanti dia perasan pulak yang aku minat kat abang dia. Tapi kakak sepupu aku sorang ni macam tahu-tahu saja aku suka dekat abang dia tu. Sebab tu, setiap kali jumpa mesti cerita pasal Abang Syam. Seronok. Gatal jugak aku ni ya!
Hadiah-hadiah yang Abang Syam bagi semasa kecil sampai sekarang aku simpan. Kad hari lahir semasa darjah enam pun aku simpan lagi. Satu kotak. Tak siapa boleh usik kotak tu. Mama pun tak berani nak buka. Harta karun paling berharga, bukan senang nak dapat.
"Nana... turun! Mak long datang ni!" jerit mama dari tingkat bawah.
Opocot! Terkejut aku! Tengah sedap berangan ni, ada saja yang kacau. Tension betul! "Ye, kejap."
Kenapa mak long datang? Seganlah pulak nak jumpa. Nana segera membetulkan bajunya. Rambut disisir rapi dan diikat kemas. Baru nak turun, mak long terlebih dahulu masuk ke bilik. Alamak, bakal mak mertua buat spot check ke? Dahlah bilik bersepah ni. Tak sempat nak kemas.
"Susah-susah aje mak long naik. Nana baru nak turun," ujar Nana sambil tangan mak long disalamnya.
Mak long menarik Nana ke dalam pelukan. Belakangnya diusap penuh kasih.
Apa hal pulak mak long aku ni? Nana hairan. Tiba-tiba sahaja mak long memeluknya. "Duduklah mak long. Maaflah, bilik bersepah sikit. Tak sempat nak kemas lagi ni."
Tak sempatlah sangat. Alasan saja tu. Sebenarnya asyik berangan.
"Tak apa. Mak long faham. Mesti banyak yang Nana kena prepare, kan? Mak long mintak maaf sangat-sangat dengan Nana." Mak long bersuara sayu.
"Eh, tak adalah mak long. Kan semua mak long yang sediakan. Nana sedia badan saja ni," kata Nana buat sedap hati mak long.
"Nana betul tak menyesal dengan keputusan Nana ni? Betul Nana tak ada teman lelaki lagi?" Buat kesekian kalinya mak long bertanya. Dia bimbang anak saudaranya akan terseksa dengan permintaannya yang tiba-tiba itu kelak.
"Mak long, kalau Nana dah ada pilihan sendiri, Nana takkan setuju dengan pernikahan ni. Mak long jangan risau. Nana okey."
Nana tak pernah jatuh cinta dengan orang lain, mak long. Dengan Abang Syam sorang aje dari dulu sampai sekarang. Ingin diluahkan, malu. Biarlah masa sahaja yang menentukannya. Biar rahsia itu terbongkar dengan sendirinya.
"Amboi… mesranya menantu dengan mentua. Ini yang jealous ni. Kalau dah nikah nanti, anak sendiri pun lupa agaknya."
Zahlia yang tiba-tiba muncul mengusik ibu dan sepupu atau bakal kakak iparnya seraya memeluk manja ibunya.
"Isy, mana ada kak. Borak-borak saja. Cemburu ke?" canda Nana.
"Mestilah. Tapi kalau setakat dengan Nana ni, tak berapa nak cemburu sangatlah." Zahlia mencebik tanda dia tidak hairan.
"Oh… okey. Kita tengok nanti macam mana."
"Korang ni! Tak habis-habis? Dari kecil sampai besar, tak berubah langsung! Dahlah, mak keluar dulu. Hah, Yaya, alang-alang ada kat sini, tolong Si Nana ni kemas bilik dia. Ada jugak faedah. Kesian dia kena buat sorang-sorang." Suruh mak long sambil berlalu keluar.
Pasti kalau tinggal serumah nanti lebih meriah. Walaupun dia sudah biasa tinggal di rumah Zahlia, tetapi pasti suasananya berbeza jika dia sudah menjadi isteri Hisyam. Apa yang pasti, Zahlia mesti akan lebih galak mengusik dan menyakatnya.

0 comments:
Post a Comment