Sepupuku Suamiku - Bab 2
BAB 2
MEREKA semua tengah bergembira sakan sekarang ini. Yelah, majlis pertunangan, mestilah gembira. Takkan nak sedih-sedih. Nanti jadi macam majlis orang mati pulak. Hanya aku saja menangis tidak henti-henti. Siapa tak sedih... cinta pertama kena kebas. Sampai hati Abang Syam....
Kau ni pun satu. Manalah Abang Syam tu nak tahu kau suka kat dia? Kau bukannya pernah bagitau dia!
Takkan nak bagitau? Malulah aku!
Habis tu? Bukan salah Abang Syam kalau dia nak tunang ke... kahwin ke dengan orang lain.
Tapi, takkan dia tak boleh rasa aku syok separuh mati kat dia?
Lelaki... mana tahu perasaan perempuan macam mana. Ego!
Ah, lantaklah! Yang penting, kalau jadi bini nombor dua pun tak kisah.
Hah? Bini nombor dua? Kau biar betul, Nana! Isy gila la kau ni. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana....
"Arghhh! Tensionnya!!!" jerit Nana.
"Wei, terkejut beruk aku. Kau ni, nak mengamuk pun tengok tempatlah!" Farah yang sedang layan permainan komputer terperanjat mendengar jeritan Nana.
"Ops... sorry. Tak sengaja." Nana tersenyum kambing.
"Kau ni kenapa? Sawan ke?" perli Farah. Dia menumbuk bantal. Dia kalah lagi. Semuanya gara-gara jeritan Nana yang tiba-tiba itu. Kalau tidak, pasti dia sudah dapat kalahkan lawannya.
"Isy, ke situ pulak kau ni. Muka lawa aku ni ada nampak macam orang sawan ke?" Perasan betul!
"Banyak la kau punya lawa. Cantik lagi amoi jual buah kat market tu, tau?" perli Farah lagi. Padan dengan muka Nana. Biar dia tahu sikit.
"Kurang asam kau, Farah. Ambik kau!"
Gedebuk! Bantal busuk tepat mengena ke muka Farah.
"Kurang garam kau, Nana. Tunggu kau!"
Alamak, kena selamatkan diri ni! Nana sudah buka langkah seribu. Sudah tawaf satu rumah budak tidak cukup umur dua orang ini. Sekejap Nana menjerit sebab kena baling bantal dengan Farah, sekejap lagi pula Farah yang menjerit.
"Ya Allah...! Korang ni apa hal? Baru terlepas dari Tanjung Rambutan ke?" tegur Suria yang baru balik dari perpustakaan. Dia terkejut melihat dua orang temannya yang berlari-lari di sekeliling rumah. Tak ingat dunia!
Gedebuk! Muka Suria pula jadi mangsa.
"Woi, siap kau aku kerjakan!" Suria juga ikut sama berlari keliling rumah. Sekarang, dia pulak yang jadi macam orang gila terlepas dari Hospital Tampoi.
"Sudahlah! Aku dah tak larat ni. Dahlah baru balik dari library, makan pun belum tau! Lapar selapar-laparnya ni. Korang berdua dah makan ke? Jomlah kita pergi makan," ujar Suria yang sudah terduduk di kerusi. Dia mengusap perutnya yang lapar. Tubuhnya sudah terasa lembik dikerjakan budak berdua itu.
"Aku pun belum makan. Ajak amoi ni, dia tak nak. Asyik termenung layan perasaan. Entah apa yang dia fikirkan pun aku tak tahu," balas Farah.
Farah dan Nana kelihatan termengah-mengah. Mahunya tak penat. Kalau di atas jalan yang lurus, agaknya hampir satu kilometer juga mereka berkejaran.
"Suka hati akulah. Sibuk aje!" Nana tarik muka. Dia pun lapar juga. Tetapi apabila memikirkan keluarganya sedang bergembira menyambut bakal orang baru, dia terus tidak berselera untuk menjamah makanan. Terlampau kecewa agaknya.
"Hah Farah, kalau kau lapar, jom ikut aku. Jangan layan budak tak berapa nak betul ni. Kalau nak tunggu dia habis berangan, sampai esok pun kita tak makan." Giliran Suria pula memerli.
Semakin panjang muncung Nana apabila Suria memerlinya. Mereka berdua tidak tahu apa perasaannya sekarang. Tetapi biarlah dia sendiri sahaja yang rasa. Ini rahsia hatinya. Tidak perlu dikongsi.
"Betul tu. Kalau dilayan, alamatnya tinggal tulanglah kita. Kau tunggu kejap. Aku pergi salin baju." Farah berlari masuk ke biliknya.
Nana masih mendiamkan diri.
Suria cuba menahan tawanya daripada terhambur keluar.
"Kau betul tak nak makan ni, Nana? Nanti kalau kau lapar, kita orang tak nak tolong," tanya Suria meminta kepastian. Dia tahu, daripada air muka Nana, jelas menunjukkan gadis itu lapar. Selalunya, Nanalah orang pertama yang mengajak mereka berdua makan. Tetapi entah kenapa hari ini dia tidak mahu makan pula.
"Betul. Kau sajalah pergi. Tinggalkan aku sorang-sorang kat sini. Aku tak kisah," kata Nana, seperti merajuk sahaja bunyinya. Bantal busuknya dipeluk.
Farah keluar setelah bertukar pakaian.
Suria bingkas bangun dan membuntuti langkah Farah.
"Eh Suria, tolong tapaukan aku mi goreng mamak satu. Guna duit kau dulu, tau! Aku malas nak ambil duit dalam bilik." Nana tersengih macam kerang busuk.
Farah di luar sudah mencebik.
"Yelah." Jawab Suria pendek. Tadi beria-ia tidak mahu makan. Sekarang, tahu pun lapar. Apa-apa sajalah temannya yang seorang ini.
Abang Syam, kenapa cepat sangat abang nak kahwin? Sekurang-kurangnya tunggulah setahun dua lagi. Tapi... kalau Abang Syam masuk meminang Nana sekarang pun, Nana sanggup tau!
Gatal! Belajar pun tidak habis lagi, sudah fikir tentang kahwin!

0 comments:
Post a Comment