Sepupuku Suamiku - Bab 11
BAB 11
HISYAM keresahan seorang diri. Kebelakangan ini dia asyik teringatkan isterinya. Semua kerja yang dibuat rasa macam serba tak kena. Asyik terbayangkan wajah manis dan gelak manja Nana sahaja.
Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, normallah tu. Diakan bini aku? Memang patut aku cinta kat dia.
Tapi dia sepupu kau. Dah macam adik kau pun.
Tapi kan ke dia dah jadi bini aku yang sah? Aku memang patut layan dia macam seorang isteri. Bukan seorang adik.
Macam mana kalau dia tak cintakan kau? Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri?
"Hoi bro. Kau ni apa hal? Nak kata hilang bini, baru saja jumpa semalam."
Bahu Hisyam ditepuk kuat, mengejutkan lelaki itu dari lamunannya.
"Pandailah kau. Dah habis round wad ke?"
Sengaja Hisyam mengalih topik perbualan.
"Dah. Kau tak payahlah nak ubah topik. Kat muka kau tu dah ada perkataan problem tau tak? Cuba kau story sikit kat aku, apa masalah kau sebenarnya."
"Mana ada. Aku okey aje," jawab Hisyam masih lagi ingin berahsia.
"Hmmm... maklumlah. Orang dah ada bini. Mana nak cerita masalah kat kawan lagi. Kalau dulu, muka ni jugak yang kau cari time ada problem," ujar Norman seakan merajuk.
Hisyam tersenyum hambar. Cerita ajelah. Mana tahu Norman boleh tolong. Walaupun kadang-kadang idea mamat ni memang gila, tetapi kadang-kadang boleh pakai jugak, hati Hisyam berbisik.
"Man, aku sebenarnya ada masalah dengan bini aku sikit." Hisyam membuka cerita. Suara diperlahankan sehabis mungkin.
"Hah? Isy, kau ni biar betul bro. Takkan nikah tak sampai sebulan dah ada problem kut? Apa hal?"
Terkejut beruk Norman. Masakan tidak, inai masih merah di jari. Honeymoon pun belum. Tup-tup, ada masalah? Memang berat ni!
"Kau tahu, kan... bini aku tu sepupu aku? Aku dah anggap dia macam adik aku. Aku mengaku aku sayang kat dia. Tapi sayang abang kepada adik. Kau faham tak?"
"Hmmm… berat jugak masalah kau ni. Habis tu, takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia lagi?" Norman semakin berminat mendengar luahan hati sahabatnya itu.
"Aku memang boleh terima dia walaupun aku bukan kahwin atas dasar cinta. Aku cuba nak semai rasa cinta tu. Kebelakangan ni, aku dah macam mula rasa sesuatu. Tapi aku tak sure betul ke apa yang aku rasa ni."
"Ha… okeylah tu. Sekurang-kurangnya, kau usaha. Tapi takkan masa kau peluk-peluk dia, cium-cium dia, kau tak rasa apa-apa kut?" usik Norman.
"Tu lagi satu benda. Aku sebenarnya tak pernah sentuh dia lagi. Maksud aku yang ‘berat-berat’lah."
"Weh bro, kau ni biar betul? Kau dengan bini kau tak pernah…." Norman menunjukkan isyarat dengan tangannya.
Hisyam menggeleng.
"Fuh… ni lagi kes berat. Habis tu? Isy, macam tak percaya pulak aku. Respect la kat kau, bro. Boleh ya kau tahan. Biasanya, first night orang dah ‘ngap’ aje terus."
Mati pucuk ke kawan aku sorang ni?
"Kau memang. Tak ingat benda lain. Tu aje yang kau fikir."
Norman tersengih.
"Aku takut. Aku takut yang dia tak dapat terima aku. Yelah. Kahwin pun dalam keadaan mengejut macam tu. Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri? Aku kesian dekat dia." Balik-balik, masalah itu juga yang mengganggu fikirannya.
"Habis tu, kau tak tanya dia? Manalah tahu, dia pun sebenarnya jatuh cinta kat kau?"
"Aku dah cuba tanya hari tu. Tapi tak sempat nak tanya, ada orang call. Dia pun macam tak selesa aje nak jawab call tu masa aku ada. So, aku blah aje la. Lepas tu aku tak tanya lagi."
"Aku rasa, baik kau tanya dia betul-betul. Be bravelah bro. Takkan dengan bini pun nak takut. Manalah tahu, dia pun cinta kat kau. Dapatlah kau qada first night kau tu." Norman bantai gelak.
"Kau ni tak ada benda lain nak fikir? Aku smackdown kang, baru kau tahu." Marah Hisyam. Kepala sahabatnya diketuk dengan fail.
Tiga suku betul! Tapi kalau betul pun, apa salahnya. Ha ha ha!
"AWAK keluar dengan siapa semalam? Bukan main mesra lagi saya tengok," tanya Johan.
Jelas kelihatan riak cemburu di wajah Johan. Sebenarnya dia sudah mula curiga sejak terpandang cincin dan inai yang menghiasi jari Nana. Tetapi semua itu dibiarkan selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar dari gadis itu.
Sibuk betullah mamat ni! Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Nampak sangat ciri-ciri king control. Nasiblah siapa yang dapat kau, Johan.
"Sepupu," jawab Nana sepatah.
Malas nak bersoal jawab dengan mamat sorang ni. Nana sengaja buat-buat sibuk. Memang malang nasibnya tiba-tiba terserempak dengan Johan hari ini.
"Tapi lain macam aje saya tengok. Siap cium dahi lagi." Api cemburunya semakin marak. Takkan ada siapa yang dapat memiliki gadis pujaannya. Gadis itu hanya miliknya.
Isy… suka hati akulah nak cium ke, nak peluk ke, nak apa ke. Laki aku. Kau kisah sangat apa hal?
"Dahlah. Nak baliklah. Penat ni!"
Ada sahaja alasannya untuk mengelak dari berdua-duaan dengan Johan.
"Awak tak jawab lagi soalan saya. Siapa lelaki tu?"
Suara Johan mula keras. Geram dengan perangai Nana yang macam tidak kisah sahaja dengan dirinya. Sampai bila gadis ini mahu mengelak darinya? Tidak nampakkah cinta yang dihulurkannya?
"Yang awak sibuk sangat nak tahu ni kenapa? I’m not your girlfriend, okay? Suka hatilah orang nak keluar dengan siapa pun! Kalau saya kata tu laki saya, awak nak buat apa?"
Tak faham bahasa betullah mamat tiga suku ni. Ambik kau sebijik! Kalau boleh, mahu sahaja dilenyek-lenyek muka Johan dengan belacan. Biar jadi sambal. Sah-sah (tentu) tidak ada orang yang nak makan. Geram betul!
Johan menggetap bibir. Nana memang sengaja mencabar kesabarannya. Tak apa. Kalau tak nak bagitau, aku boleh siasat sendiri. Tunggu ajelah!
Matanya tidak lepas memandang Nana yang sudah jauh meninggalkannya. Hatinya takkan puas selagi tidak tahu siapa lelaki itu. Dia akan cari sampai dapat!

0 comments:
Post a Comment