Sepupuku Suamiku

Novel Dari Lynn Allyna

APA KATA HEROIN?


"Nana tak paksa abang. keadaan yang memaksa. Nana tak mahu jika kita teruskan perhubungan ini, hidup orang lain akan porak-peranda. nana tak mahu menjadi penyebab jika suatu hari nanti ada orang yang akan terkorban kerana perhubungan ni"

APA KATA HERO?


"Abang belum makan, Rindu sangat dengan masakan sayang. Sayang masih tak mahu balik ke?"

Sepupuku Suamiku - Bab 8

BAB 8



"BETUL ni Nana tak nak ikut abang?" tanya Hisyam. Dia perlu pulang ke Kuala Lumpur hari ini kerana cutinya telah tamat. Sebolehnya dia mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan mengeratkan hubungan mereka. Tetapi Nana semacam berat hati untuk mengikutnya.

"Tak apalah bang. Lagipun Sabtu ni dah nak balik kampus. Banyak benda nak kena settle kat sini."

Abang, tak payahlah balik dulu. Baru nikah dua hari dah kena tinggal. Nak ikut... rintih hati Nana.

"Hmmm… tak apalah kalau macam tu. Tapi nanti abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar Nana balik kampus, okey?"

"Eh, tak apalah bang. Nana boleh naik bas. Dah biasa. Bukannya jauh sangat pun."

Abang baliklah sini hari Jumaat nanti. Nana lagi suka kalau abang hantar Nana ke kampus. Namun, kata-kata itu hanya bermain di hatinya sahaja. Sayang, tidak terluah di bibir.

"Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, call abang."

Nana mengangguk tanpa bicara. Dia menyalami tangan suaminya.

Hisyam mengucup mesra dahi Nana.

Abang, peluklah daku… nak cium lagi. Isy, gatal betul kau ni, Nana. Tapi tak apalah, suami aku. Ikut suka akulah.

"Ops...!"

Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Aduh, malunya....

Hisyam memeluk Nana erat. Pipi isterinya dikucup. Berat rasanya hendak meninggalkan isteri yang baru dinikahinya dua hari lepas.

Ah, sekejap aje. Bukannya tak jumpa langsung lepas ni!

Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu. Sudahlah depan mama dan papa.

Isy, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama dengan papa nak main peluk-peluk pulak! Malu…! Hai, tak tidurlah kau malam ni, Nana.

Kereta Hisyam meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah. Hati Nana menjadi sayu. Abang, cepat balik. Nana dah rindu ni....

"Nana, tak nak masuk ke? Dahlah tu. Bukannya cik abang awak tu pergi tak kembali." Perli mama.

Nana tersipu malu. Isy, mama ni. Macam tau-tau aje!

0 comments:

Post a Comment