Sepupuku Suamiku - Bab 14
BAB 14
CUACA pagi begitu dingin. Nana terpaku sendirian melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Kabus pagi menutupi sebahagian kawasan itu. Mentari masih malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Senyuman terukir apabila minda nakalnya mengingati romantisnya malam tadi. Tiba-tiba senyumnya lenyap. Nafasnya seakan terhenti, jantungnya bagaikan tidak berfungsi.
"Sayang fikir apa ni? Mesti fikir pasal abang, kan?"
Ciuman mesra singgah di pipinya membuatkannya terasa membahang. Tangan Hisyam kemas melingkari pinggangnya.
"Mana ada. Nana tengok pemandangan kat sini. Cantik."
Abang ni pakai ilmu apa ya? Asyik tahu aje apa yang aku tengah fikirkan. Kagum betul aku.
"Nana suka ya? Kalau macam tu, kena selalu datang sinilah. Boleh tengok selalu. Hari-hari pun boleh."
"Hah? Hari-hari?"
Abang ni macam nak suruh aku duduk sini aje. Ni yang best ni. Hati Nana berbunga riang.
"Yelah. Kalau sayang duduk sini, mestilah dapat tengok hari-hari. Abang pun boleh tengok sayang hari-hari."
Abang panggil aku sayang? Sukanya! Kalau panggil abang ‘baby’ boleh? Gedik betul!
"Duduk sini? Apa maksud abang? Nana tak fahamlah."
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Tak apa, saja nak manja-manja dengan abang. Tangan Hisyam masih erat merangkul pinggang Nana. Begitu selesa. Nana melentok manja di dada bidang suaminya.
"Apa kata kalau sayang pindah aje. Duduk dengan abang kat sini. Takdelah abang sunyi sangat," cadang Hisyam. Dia harap Nana akan setuju. Kalau boleh, dia mahu Nana sentiasa ada dengannya.
"Hmmm… sebenarnya, memang Nana suka duduk sini. Dapat tengok pemandangan, dapat duduk dengan abang. Tapi…."
Macam mana nak cakap ni?
"Tapi?" Hisyam menunggu ayat seterusnya.
Nana kelihatan agak kurang selesa. Kalau aku duduk sini, tak tahulah apa yang jadi. Nanti projek tahun akhir aku ke mana, assignment ke mana, yang lain pulak jadi nanti. Nana, kau jangan buat hal pulak! Elok-elok dapat ijazah tahun ni, nanti ada yang melopong tengok orang lain terima ijazah.
Lagipun, rumah abang dengan kampus bukannya dekat. Mahu sejam. Aku ni dahlah jenis yang lambat bersiap. Kalau kelas pukul lapan, mahu pukul enam pagi dah kena bangun. Isy, aku dah lama tinggalkan zaman bangun pagi-pagi ni. Tapi macam mana nak cakap ni? Nana serba salah.
"Tak apa kalau sayang tak nak pindah. Abang faham."
Mungkin Nana belum sedia. Biarlah dulu. Bagi masa. Lagipun aku dah tahu dia tak ada orang lain selain aku. Itu pun dah cukup. Masih ada banyak masa lagi.
"Biar Nana fikir dulu, ya bang."
Huh, nasib baik. Kalau tak jenuh aku nak terangkan satu-satu.
"Okey. Tapi dengan satu syarat."
"Syarat? Apa dia?"
Katakan saja syaratnya wahai jantung hatiku sayang. Hamba sedia turuti.
"Sayang kena balik rumah abang every weekend, okey?"
Satu permulaan. Biar Nana selesa dulu.
"Okey."
Rangkulan Hisyam makin kemas. Bibirnya galak mengucup wajah isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan kemudian leher membuatkan Nana kaku. Terasa mengasyikkan.
"Ops…."
Hisyam melonggarkan rangkulan. Ada sahaja alasan Nana saat bibirnya ingin mendarat di bibir gadis itu.
"Nana belum mandi lagi. Nana mandi dulu ya."
Baik aku cabut sebelum apa-apa terjadi. Isy, seram! Tak boleh bayangkan apa akan berlaku selepas ni kalau terus dibiarkan. Berdosakah aku menolak kemahuan suami? Tapi, Nana tak sedia lagi. Sorry abang….
Hisyam tersenyum. Mungkin dia menakutkan Nana lagi. Sabar Syam. Takkan lari gunung dikejar.
"NANA, matilah kali ni!" Suria bersuara cemas. Dia harus memberitahu Nana perkara ini dengan segera.
"Apa yang matinya? Aku hidup aje lagi ni. Sihat walafiat. Bahagia lagi...." Nana buat suara gedik.
"Aku tahulah kau hidup lagi. Kalau tak, macam mana aku boleh cakap dengan kau sekarang ni."
"Okey, okey. Kenapa? Cuba story kat aku. Relaks…."
"Mamat tu dah tahu!"
"Mamat? Mamat mana pulak ni? Indon, Bangla?"
"Johanlah!"
"Oh, mamat tu. Dia tahu apa?"
"Dia dah tahu kau dah kahwin. Aku tercakap pulak hari tu," cerita Suria dengan rasa bersalahnya. Dia sudah berjanji dengan Nana agar tidak memberitahu sesiapa yang Nana sudah berkahwin.
"Hah? Macam mana dia tahu? Apa lagi kau bagi tahu mamat tu?" Terkejut beruk Nana. Orang yang paling dielakkan daripada tahu akan perkara ini sudah pun tahu. Mukanya tiba-tiba berpeluh.
"Semalam dia nampak kau naik kereta laki kau. Lepas tu, pagi tadi dia datang jumpa aku. Dia paksa aku cakap kau keluar dengan siapa. Aku takut bila dia dah mula ugut aku dengan Farah. Aku terpaksalah cakap perkara sebenarnya."
Aduh! Kenapalah aku tak pandang kiri kanan dulu semalam. Mana nak sempat, dah teruja sangat bila abang bukakan pintu. Lupa benda lain.
"Macam mana ni, Nana? Aku tak sengaja. Sorrylah…." Rasa bersalah terus menerjah Suria. Kasihan pula dengan Nana. Mesti dia terpaksa berdepan dengan pelbagai asakan Johan.
"Tak apa. Kau tenang dulu. Biar aku settlekan perkara ni sendiri."
Alahai…. Baru saja settle satu masalah, masalah lain pulak muncul. Parah ni!
Tapi aku peduli apa. Aku bukannya makwe dia pun. Salah dia jugak. Awal-awal lagi aku dah tolak. Dia yang jenis tak reti bahasa. Kalau aku cakap bahasa Sepanyol baru dia faham agaknya. Ada pulak yang jadi Rosalinda nanti.
"Siapa yang call?"
Opocot meletup! Ni lagi sorang. Suka sangat buat orang terkejut. Tapi tak boleh marah-marah, malam nanti ada yang kena tidur sorang. Tak seronok.
"Suria."
"Ooo… Kenapa dia call?" tanya Hisyam seraya melabuhkan punggungnya di sebelah Nana. Tangannya merangkul bahu Nana.
"Saja aje. Tanya bila nak balik."
Sorry abang. Tak apa, bohong sunat.
Hisyam angguk.
"Pukul berapa abang nak hantar Nana balik kampus?" tanya Nana setelah agak lama berdiam.
"Hmmm… lewat sikit boleh? Tak puas lagi nak manja-manja ni. Lepas ni seminggu abang kena duduk sorang-sorang tau!" Hisyam buat-buat manja. Kepalanya dilentokkan ke bahu Nana.
Alamak, manja la pulak laki aku ni. Janganlah macam ni, abang. Ada jugak yang tak balik kampus nanti.
JOHAN menggenggam penumbuk tanda tidak berpuas hati. Telahannya selama ini ternyata benar. Gadis pujaannya sudah berkahwin. Suatu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran dalam waktu begini. Masih belum tamat belajar. Kenapa terlalu cepat Nana buat keputusan?
Kau memang kejam, Nana. Takkan selama ni kau langsung tak rasa apa yang aku rasa? Aku sanggup buat apa saja demi kau. Ini balasan kau pada aku? Kau gadis pertama yang aku cintai. Dan aku sumpah, takkan ada gadis lain yang dapat gantikan tempat kau di hati aku. Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan melutut depan aku supaya menerima kau. Waktu tu, baru hati aku akan puas. Kita sama-sama tunggu, Nana.
Tilam ditumbuk keras. Hatinya terlalu sakit. Teramat sakit hingga air mata jantannya menitis. Tidak semudah itu dia akan melepaskan Nana. Selama empat tahun dia mengejar cinta gadis itu. Bukan mudah untuk melupakannya dalam sekelip mata. Status Nana bukan halangan. Walaupun dia tahu betapa berat dosa yang akan ditanggung kerana meruntuhkan masjid yang dibina, tetapi kerana mata hatinya telah buta dek kerana terlalu mencintai gadis itu.

0 comments:
Post a Comment