Sepupuku Suamiku

Novel Dari Lynn Allyna

APA KATA HEROIN?


"Nana tak paksa abang. keadaan yang memaksa. Nana tak mahu jika kita teruskan perhubungan ini, hidup orang lain akan porak-peranda. nana tak mahu menjadi penyebab jika suatu hari nanti ada orang yang akan terkorban kerana perhubungan ni"

APA KATA HERO?


"Abang belum makan, Rindu sangat dengan masakan sayang. Sayang masih tak mahu balik ke?"

Sepupuku Suamiku - Bab 1

BAB1


SUKAR benar hendak melelapkan mata. Sekejap dia berpaling ke kiri, sekejap ke kanan. Semuanya serba tak kena malam ini. Kata-kata mama siang tadi masih bermain-main di kepalanya. Masih terngiang-ngiang di telinganya. Penat berbaring, dia duduk bersila di atas katil. Tidak tentu arah dibuatnya.

"Abang Syam nak bertunang minggu depan."

Sebaris ayat yang cukup membuatkan jantungnya rasa hendak gugur. Nafas terasa tersekat di kerongkong. "De... dengan siapa, ma?"

Dia tiba-tiba sebak. Nak menangis dah ni...! Tenang Nana, tenang!

"Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi. Minggu depan pergi merisik lepas tu terus bertunang."

Abang Hisyam nak bertunang? Betul ke apa yang aku dengar ni? Aduh… tak boleh terima. Cinta pertama aku tu...! Abang, kenapa tak tunggu Nana...?

Kau gila, Nana. Dia tukan sepupu kau. Jangan harap mama dengan papa nak bagi kau kahwin dengan Abang Hisyam, tau!

Apa salahnya kahwin dengan sepupu? Tak haram, kan?

Memanglah... tapi Abang Hisyam tu suka kat kau ke? Entah-entah kau aje yang syok sendiri. Makwe dia lagi cantik agaknya. Setakat orang macam kau ni, dia nak pandang ke?

Tak kira... cantik ke tak cantik ke... Abang Syam! Nak kahwin dengan abang...! Huk huk huk….

Akhirnya Nana tertidur setelah penat bermonolog sendiri. Apalah nasib, terjatuh cinta dengan sepupu sendiri. Mana tak jatuh cinta? Hisyam sikit punya handsome. Doktor pulak tu! Aduh... silap-silap bukan saja bini orang, nenek orang pun boleh jatuh cinta dengan doktor handsome tu.




"KENAPA tak nak balik? Bukannya jauh sangat pun. Kak Yaya pun boleh pergi ambil," tukas Zahlia. Ada-ada saja budak sorang ni. Sepupu sendiri bertunang pun tak nak balik.

"Tak apalah Kak Yaya. Nana banyak assignment nak kena submit next week. Alah, tunang aje, kan? Nanti kalau Abang Syam kahwin... Nana balik, okey?" pujuk Nana. Gila ke nak pergi majlis tunang Abang Syam. Nanti aku menangis kat depan tu, tak pasal-pasal buat ‘drama bajet murah’. Kantoi!

"Hmmm... suka hati Nanalah. Tapi nanti kalau Nana tiba-tiba rasa nak balik, bagitau akak ye! Nanti akak pergi jemput."

Beria-ia Zahlia menyuruhnya pulang. Bukan apa, sekurang-kurangnya dia ada juga teman kerana hanya dia seorang sahaja anak dara dari pihak lelaki di majlis itu. Segan pula rasanya. Kalau Nana ada, mungkin tidaklah dia kekok sangat.

"Insya-Allah," balas Nana.

Insya-Allah tak. Aku tidak akan berubah fikiran. Simpang malaikat empat puluh empat. Kesian Kak Yaya. Mesti dia nak aku temankan dia. Yelah, kami memang rapat sangat macam adik-beradik. Kak Yaya adik bongsu Abang Syam. Baru saja menamatkan pengajian tahun lepas. Sekarang sudah bekerja sebagai peguam, desis hati Nana.

Nana menekup mukanya dengan bantal. Jiwanya rasa tertekan. Macam mana dia nak hadapi semuanya nanti? Sekarang bolehlah dia mengelak. Abang Hisyam tak ada depan mata. Nanti, kalau dia pulang ke kampung dan jumpa dengan lelaki itu, macam mana dia nak berdepan? Lebih dahsyat jika ada wanita lain yang memeluk mesra lengan abang sepupunya itu. Makin sakit hatinya. Nana menggeleng-gelengkan kepalanya laju. Tidak mahu dia bayangkan semua itu. Tidak mahu semua itu terjadi kepadanya. Dia tidak sanggup hendak melihat semua perkara itu terjadi di hadapan matanya. Kenapalah aku jatuh cinta dengan dia? Tak ada lelaki lain ke dalam dunia ni? Kenapa mesti dia? Hati Nana menjerit. Sakit dadanya bagaikan dihempap dengan batu besar.

Sebab kau memang ditakdirkan untuk jatuh cinta dengan dia. Kenapa nak dihalang? Biarkanlah. Kalau ada jodoh takkan ke mana.... Ya, kalau jodoh tak akan ke mana. Tapi kalau tak ada jodoh? Nana semakin kalut. Tidak dapat dia bayangkan jika Abang Hisyam tidak menjadi miliknya. Mungkin dia tidak akan kahwin sampai bila-bila. Dia tidak sanggup menyerahkan hati dan jasadnya pada orang lain. Tidak boleh!

5 comments:

  1. aqilah said...
     

    mesti seronok kan citer ni saya nak baca lah,tapi saya kena tunggu exam abih dulu baru leh baca....

  2. Maharaja Jerung said...
     

    best la cite ni.. kalau dapat dijadikan filem mesti lagi besttt :)

  3. AmirZaaba said...
      This comment has been removed by the author.
  4. AmirZaaba said...
      This comment has been removed by the author.
  5. Layanceritaghairah said...
     

    Kita baca bersama nak ? 01162622492

Post a Comment